EkonomiKesihatan

Jenama fesyen ‘Mayang’ beri kesedaran terhadap kesihatan mental

Mengambil berat tentang kesihatan mental, jenama tempatan Mayang By Anntsya mengambil peluang mengeluarkan koleksi elegen yang turut berkolaborasi dengan pelakon, Julis Farhana iaitu Mayang X Julia Farhana Marin.

Menurut Pengasas Mayang, Aina Natasya Nor Zaim, 28, objektif koleksi Iris Series ini sebagai tanda sokongan terhadap kepentingan kesihatan mental malah warna-warna juga bertamakan pastel yang memberi ketenangan kepada si pemakai.

Pengasas Mayang, Aina Natasya Nor Zaim, 28

‘’Semasa Covid-19, saya mengalami anxiety, Alhamdulillah kini saya sudah mula pandai kawal anxiety, jadi saya ingin mengambil peluang membantu orang ramai tentang kesedaran kesihatan mental.

‘’Saya juga menyokong usaha tentang kepentingan kesihatan mental dengan Kerjasama MMHA melalui fesyen, warna-warna untuk koleksi kali ini berkaitan kesihatan mental’’. Jelasnya Aina ketika pelancaran kempen koleksi yang berlangsung di Starhill Gallery.

Menampilkan Pelakon Julia Farhana sempena koleksi ini

Koleksi Iris Series ini merupakan Kerjasama antara MAYANG bersama pertubuhan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA) yang menampilkan Julia sebagai wajah kesihatan kempen tersebut.

Kempen yang berlangsung selama enam bulan ini, setiap hasil pembelian daripada koleksi Iris SeriesRM5 akan disalurkan kepada program di bawah MMHA.

Secara tidak langsung menyokong kepada usaha untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya pendedahan mental dalam kehidupan.

koleksi Iries

Menggunakan fabrik sutera Korea, berkonsepkan kaftan mewah dengan corak marble tidak ketinggalan terdapat shawl dan bawal bagi mereka yang berhijab mempunyai empat rona warna pastel iaitu biru, rose goldgold dan lilac.

Koleksi MAYANG boleh anda miliki secara atas talian menerusi www.mayangbyanntsya.com.my atau boleh datang ke butiknya yang terletak di Hotel Four Season, Kuala Lumpur.

Artikle Berkaitan :>

Inspirasi fesyen dari launtan Atlantik dan keajaiban dasar laut

Program ‘Bersama Komuniti PPR’ meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan mental

(Visited 64 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button