Nasional

Ambil vaksin dan “booster” lindung diri sambut Ramadan – KJ

ORANG RAMAI terutama warga emas disaran untuk mengambil vaksin dan dos penggalak Covid-19 menjelang Ramadan, tidak lama lagi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di twitter berkata, pengambilan ini penting kerana orang tua akan mula keluar ke masjid bagi menunaikan solat sunat yang hanya ada pada bulan Ramadan iaitu solat terawih.

“Sekarang, mungkin orang tua kita tidak ke mana-mana. Tapi bila tiba Ramadan mereka akan beramai-ramai pergi solat terawih” kata beliau yang meminta agar golongan ini mengambil booster bagi melipatgandakan perlindungan melawan virus Covid-19.

Jelasnya, kematian yang melibatkan warga emas yang tiada vaksinasi atau dos penggalak adalah sangat tinggi risikonya.

“Semalam Kementerian Kesihatan mencatatkan 105 kematian akibat Covid-19. Kapasiti hospital atau unit rawatan terkawal. Tapi saya juga mahu kadar kematian kematian terkawal” katanya.

Melalui perkongsian beliau, kematian tertinggi dicatatkan golongan yang tiada sejarah vaksinasi bagi setiap peringkat umur. — Bernama — SM

(Visited 171 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button