Politik

PRK Chini: Akar umbi MN kukuh – Najib

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini sekali lagi bakal menjadi saksi terhadap permuafakatan Pas dan UMNO melalui Muafakat Nasional (MN).

Selepas melalui beberapa siri PRK yang lalu menyaksikan bagaimana perhubungan ini teruji.

Ternyata menerusi lima PRK kemenengan besar berjaya diperoleh menerusi persefahaman ini.

“Alhamdulillah agenda Muafakat Nasional juga diterima rakyat dengan beberapa siri kemenangan PRK.

“Saya lihat jentera BN dan PAS juga amat kukuh di peringkat akar umbi.


“Malah apa yang bermula sebagai persefahaman, kita telah berkembang ke satu tahap kekeluargaan.”

BACA > Kes wang UMNO RM192 j: Peguam harap pendakwaraya terima keputusan mahkamah — Suara Merdeka

Kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kunjungannya di Chini sempena hari penamaan calon dan kempen pilihan raya yang akan berlangsung mulai esok.

Beliau dalam Facebooknya menyatakan, permuafakatan UMNO dan Pas berjaya dicapai melalui pelbagai kesukaran yang pernah dihadapi kedua-dua parti itu sebelum ini.

Segala persengketaan dan perbezaan diketepikan bagi menyatukan dua parti yang sering bertelagah selama ini.

“Selepas PRU14, dengan kerjasama BN dan PAS, maka tertubuhlah Muafakat Nasional.
Demi rakyat kita berjuang bersama.

“Kita ketepikan perbezaan dan mencapai persefahaman, menentang penindasan dan penipuan kerajaan PH.

BACA > PKPP: Wujudkan peluang pekerjaan bagi golongan OKU — Suara Merdeka

“Kita melindungi rakyat dan berjuang untuk kebajikan rakyat. MN mahu kesinambungan pembangunan dan kemajuan.

“Alhamdulillah agenda Muafakat Nasional juga diterima rakyat dengan beberapa siri kemenangan PRK,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan berkunjung ke rumah bapa kepada calon Pas di Chini pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) Mohd. Fadhil Noor, iaitu Abdul Karim Abdullah.

Dalam kunjungan itu, Najib menzahirkan penghargaan kepada Abdul Karim apabila memberi sokongan kepada calon PRK Chini dan Muafakat Nasional.

Semalam Barisan Nasional mengumumkan Mohd. Shahrim Md. Zain diumum sebagai calon Barisan Nasional yang akan bertanding PRK itu.

BACA > Ditolak PKR, Najib cadang DAP lantik Tun M sebagai Presiden — Suara Merdeka

Terdahulu SPR menetapkan tarikh undian awal dan undian umum bagi PRK Chini adalah pada 30 Jun dan 4 Julai. – SM

(Visited 54 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button