Rencah Hidup

Dua Doktor Malaysia berjaya terima pengiktirafan sebagai Wikipedia Korporat Manusia

DUA rakyat Malaysia berjaya mencipta rekod dengan menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) di atas pencapaian melatih bidang korporat paling banyak dalam tempoh tiga hari.

Mneurut MBOR dalam satu kenyataan, kedua-dua pakar tersebut iaitu Dr Priscilla Prasena dan Dr Magindren Kuppusamy diiktiraf sebagai Wikipedia Korporat Manusia di atas kepakaran mereka mengajar pelbagai topik berkaitan.

Katanya, antara topik yang dilatih ialah dalam bidang Sains Data, Pengurusan Projek, Six Sigma, Psikologi, Pembuatan, Kepimpinan, Sumber Manusia, Perniagaan, Pengurusan Strategik, Tadbir Urus Korporat, Pengurusan Perubahan, Komunikasi Korporat, Pemikiran Reka Bentuk, Pembuatan Lean, Pengurusan Rantaian Bekalan dan lain-lain.

“Dr Priscilla Prasena sebelum ini telah mendapat tempat dalam MBOR untuk bilangan pensijilan profesional terbanyak oleh seorang individu pada 13 Oktober 2020.

“Ibu bekerjaya ini yang berusia 39 tahun kini bekerja dengan syarikat gergasi teknologi Amerika, seorang usahawan dan jurulatih.

“Dr Magindren Kuppusamy pula merupakan jurulatih pengurusan projek dan big data bertauliah, penulis buku pemasaran, saintis data, usahawan dan jurulatih berpengalaman yang telah melatih beberapa industri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu lagi, Dr Priscilla dan Dr Magindren membuat latihan secara bergilir-gilir pada waktu pagi dan malam selama tiga hari.

Katanya, peserta yang terlibat adalah dari India, Malaysia, Indonesia, Afrika, Buthan, Nepal, Bangladesh dan beberapa negara lain.

Dalam pada itu, katanya, penganjur rasmi acara itu ialah Prestine International Sdn Bhd, AntsBees Sdn Bhd dan Maslow Training Sdn Bhd.

Katanya, peserta yang menamatkan latihan itu menerima sijil penyertaan yang diiktiraf oleh Cambridge Professional Academy.

Sementara itu, menurut Dr Priscilla, antara cabaran yang dihadapinya sepanjang latihan itu dijalankan ialah perlu melatih dalam pelbagai bidang dan menukar bidang setiap dua hingga tiga jam.

“Apabila anda menukar bidang, anda perlu memetik kajian kes baharu, anda perlu melihat pelbagai industri. Kami terpaksa memetik banyak contoh syarikat yang berbeza kepada peserta kami dan kami terpaksa menyelami lebih dalam pengetahuan industri serta teori untuk memastikan peserta dapat mengaplikasi apa yang telah mereka pelajari dalam industri masing-masing,” katanya.

Menurut Dr.Magindren pula, cabarannya adalah untuk mengekalkan momentum yang tinggi semasa pertukaran topik setiap tiga hingga dua jam dengan contoh yang berkaitan dengan sewajarnya.

Bagaimanapun, katanya, beliau sangat berpuas hati apabila semua peserta antarabangsa memberikan sokongan penuh dan memberikan perhatian sepenuhnya terhadap topik yang dilatih.

 

(Visited 379 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button