Nasional

Presiden UMNO jalani ujian saringan Covid-19

PRESIDEN UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini melakukan ujian saringan Covid-19.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu melakukan ujian saringan di sebuah hospital swasta pada pukul 11 pagi tadi.

Ahmad Zahid berkata, ketika ini dia akan menjalani kuarantin di rumah.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya telah menjalani swab test di hospital Avisena #ShahAlam pada hari Rabu  jam 11 pagi.

“Buat sementara waktu ini saya mengkuarantinkan diri di rumah. Doakan semoga saya dan seluruh ahli keluarga saya tidak dijangkiti wabak Covid-19,” kata Ahmad Zahid di media sosial rasminya.

Pengumuman Ahmad Zahid itu beberapa jam selepas Ketua Pengarah Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak mengesahkan bahawa dirinya positif Covid-19.

Sebelum itu Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz disahkan positif COVID-19 semalam.

Kluster politik Covid-19 sehingga kini telah menjangkiti 16 orang pemimpin.

Berikut adalah senarai pemimpin politik yang positif Covid-19:

1. .Ahli Parlimen Pasir Salak, Perak, Datuk Sri Tajuddin Abdul Rahman
2. ADUN Kijal, Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said
3. Ahli Parlimen Jeli, Kelantan, Datuk Sri Mustapha Mohamed
4. ADUN Galas, Kelantan, Mohd Syahbuddin Hashim
5. Ahli Parlimen Gua Musang, Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah
6. ADUN Nenggiri, Kelantan, Abd. Aziz Yusof
7. ADUN Parit Yaani, Johor, AminolHuda Hassan
8. Ahli Parlimen, Perlis, Datuk Zahidi Zainol Abidin
9. Ahli Parlimen Larut, Perak, Datuk Seri Hamzah Zainuddin
10. Ahli Parlimen Rengas, Perak Datuk Sri Mohamed Nazri Abdul Aziz
11. Senator Dewan Negara, Dr. Yaakob Sapari
12. Senator Dewan Negara, Idris Ahmad
13. Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Rina Harun
14. Ahli Parlimen Kota Tinggi, Johor, Datuk Halimah Mohamed Sadique
15. ADUN Bingkor, Sabah Datuk Robert Tawik
16. Ahli Parlimen Keningau, Sabah, Datuk Seri Jeffery Gapari Kitingan.-SM

 

(Visited 120 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button