Auto Travel

Nissan Newbird: gabungan Bluebird klasik dan motor elektrik Leaf

NISSAN telah memperkenalkan EV konsep baharu, berdasarkan model Bluebird lama yang popular sekitar tahun 80-an. Ia dipanggil “Newbird,” dan ia dibina untuk meraikan ulang tahun ke-35 kilang Nissan di Sunderland.

Model Nissan Bluebird adalah model kereta pertama dihasilkan di kilang tersebut pada tahun 1986 dan proses pengeluaran kenderaan di kilang tersebut berkembang pesat semenjak itu. Berikutan beberapa bulan ketidaktentuan mengenai Brexit, hanya baru-baru ini Nissan mengumumkan bahawa kilang itu telah memulakan pengeluaran Mk3 Qashqai.

Untuk menghubungkan projek khas ini dengan loji moden Sunderland dengan warisannya, Nissan mengambil pek bateri 40kWh dan motor elektrik daripada Nissan Leaf yang kini dipasang di kilang tersebut dan memindahkannya ke dalam Bluebird terpakai.

Nissan berkata rangkaian kuasa elektrik Leaf memberikan kuasa pecutan maksimum kira-kira 130 batu dan masa 0–62mph sekitar 15 saat kepada model 80-an tersebut. Penukaran itu diuruskan oleh Kinghorn Electric Vehicles, yang berpangkalan hanya 15 batu dari kilang Sunderland.

Pek bateri dipisahkan kepada dua bahagian dan dipasang di ruang enjin dan but untuk pengagihan berat optimum, manakala penggantungan dinaik taraf untuk menyokong berat tambahan bateri. Nissan juga menggantikan stereng kuasa asal Bluebird, brek dan sistem pemanasan dengan item yang dikendalikan secara elektrik.

Soket pengecasan diletakkan di bahagian asal pengisian petrol dan sistem ini serasi dengan pengecas 6.6kW. Nissan malah menggunakan semula tolok bahan api kereta asal dan kini diganti dengan memaparkan cas bateri semasa kenderan tersebut.

Untuk menyerlahakan lagi perubahan mekanikal, Nissan juga membuat beberapa pengubahsuaian kosmetik, yang paling ketara ialah grafik bertemakan 80-an. Nissan juga telah menambah beberapa lampu latar pada emblem hadapan kereta sama seakan ciri-ciri reka bentuk EV yang semakin popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sejak 1986, kilang Nissan Sunderland telah mengeluarkan lebih daripada 10.5 juta kenderaan. Bilangan kakitangan yang diambil bekerja di kilang itu juga telah meningkat daripada 430 kepada 6,000 dalam tempoh yang sama – dan terdapat 19 kakitangan yang masih bekerja di kilang itu hari ini yang pada asalnya hanya memasang model Nissan Bluebird pada tahun 1980-an.

Newbird ialah konsep terbaharu untuk mempromosikan pemacu elektrifikasi Nissan Ambition 2030, di mana jenama itu akan melancarkan 15 lagi EV baharu sebelum penghujung dekad.

Ianya selari dengan empat kereta konsep EV baharu yang diumumkan oleh Nissan baru-baru ini. Keempat-empatnya akan dikuasakan oleh rangkaian kuasa elektrik pacuan empat roda Nissan e-4ORCE generasi akan datang. – SM

Kredit : AutoExpress

(Visited 220 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button