Nasional

Kes aktif Covid-19 kini melebihi 1,000

KES aktif Covid-19 di Malaysia kini melebih angka 1,000.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia sejumlah 115 kes baharu dicatatkan dari pukul 12 tengah hari semalam hingga pukul 12 tengah hari tadi. Ini menjadikan jumlah kes aktif meningkat kepada 1,011 kes.

Sabah mencatatkan jangkitan kes baharu tertinggi iaitu 98 kes diikuti, Selangor (11) dan masing-masing satu di Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, Kuala Lumpur, Kedah dan Terengganu. .

Sebanyak 112 kes baharu melibatkan jangkitan tempatan iaitu 98 warganegara dan 14 bukan warganegara. Manakala tiga kes lagi kes import yang melibatkan seorang warganegara dan dua bukan warganegara.

Dr. Noor Hisham berkata, seramai lapan pesakit kini ditempatkan di unit rawatan rapi dengan lima daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan. Tiada kes kematian dicatatkan hari ini.-SM

 

(Visited 71 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button