Luar Negara

Presiden Honduras dan isteri positif COVID-19

WABAK COVID-19 tidak mengenal mangsa. Presiden Honduras, Juan Orlando Hernandez menerima rawatan di hospital akibat pneumonia selepas disahkan positif COVID-19 minggu ini.

Menurut Francis Contreras, jurucakap agensi kesihatan Sinager, Presiden Hernandez kini berada dalam keadaan baik walaupun memerlukan rawatan khusus di hospital tentera termasuk menggunakan titisan intravena.

“Status kesihatannya, secara am adalah baik,” kata Contreras.

Hernandez dalam masa yang sama turut terpalit dengan kontroversi apabila salah seorang adik-beradiknya ditahan dalam operasi membanteras pengedaran dadah di Amerika Syarikat (AS).

Isterinya, Ana Garcia juga disahkan positif koronavirus, namun tidak menunjukkan sebarang simptom.

Pada Selasa, Hernandez mengumumkan diagnosis positif COVID-19 itu dalam satu perutusan menerusi siaran televisyen.

Walaupun beliau disarankan untuk berehat oleh doktornya, namun beliau menegaskan akan terus bekerja dari jarak jauh.

Beberapa pemimpin dunia lain turut pernah menjangkiti COVID-19 termasuk Perdana Menteri British Boris Johnson yang menerima rawatan di hospital pada April sehingga pulih. – SUMBER ASTRO AWANI

(Visited 63 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button