fbpx
Luar Negara

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, isteri dijangkiti Covid-19

PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump bersama isterinya, Melania Trump telah disahkan positif Covid-19 hari ini.

Berita itu diberitahu sendiri Trump menerusi akaun Twitternya selepas memberitahu yang penasihatnya, Hope Hicks dijangkiti Covid-19.

“Kami akan segera memulakan proses kuarantin dan pemulihan dengan segera,” katanya.

Menurut BBC, Hicks sebelum ini sempat menaiki pesawat Air Force One ke debat Presiden AS di Ohio, Selasa lalu.

Hicks bagaimanapun telah disahkan positif Covid-19 pada semalam sebelum Trump bersama isterinya melakukan ujian.


Dikhabarkan, Hicks telah turut daripada pesawat Air Force One tanpa memakai pelitup muka dan pergi mengikut Trump menjalankan kempen di Minnesota pada keesokan harinya.

Bloomberg News pula melaporkan yang Hicks mula menunjukkan gejala dijangkiti Covid-19 selepas hadir di Minnesota.

Sebelum ini, Trump menjadi tumpuan selepas menolak penggunaan pelitup muka dan tidak melakukan penjarakan sosial melibatkan pembantunya dan orang yang ditemukan semasa melakukan kunjungan rasmi.

Malah, dalam satu temu bual yang dilakukan Fox News, Trump pernah memberitahu yang memakai pelitup muka atau tidak adalah hak kebebasan masing-masing.

Sehingga kini, mengikut statistik Covid-19 di negara itu, sebanyak 7.31 juta kes telah dicatatkan dengan angka kematian mencecah 208,000. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button