Rencah Hidup

Pelitup muka cop SIRIM – jangan menyusahkan rakyat!

BETULKAH pelitup muka atau face mask kena ada cop SIRIM? Ya betul, kata seorang rakan.

“Kenapa”, soal saya. Jawap kawan, “Kalau tidak, SIRIM tak ada kerja.”

Ramai yang mengeluh kerana kenyataan terbaharu bahawa pelitup muka bercop SIRIM sahaja yang dibenarkan.

“Jangan macam-macamlah. Habis, pelitup muka kain yang berlambak ni nak buang ke?” soal seorang pengguna media sosial yang bernada amarah.

Rasa tidak puas hati dengan arahan terbaharu ini dikongsi dalam media sosial Facebook.

Ada yang berkata, “mampos macam ni. Dahlah stok kat rumah banyak. Siapa nak pakai? Nak cop SIRIM la pula. Yang selama ini, bertahun-tahun pakai, okay saja. Taka da pun cop SIRIM.”

Sejak 1 April lalu, kita semua sudah masuk ke fasa endemik Covid-19 dan semua rakyat di negara ini faham dengan SOP termasuk pemakaian pelitup muka.

Untuk menjimatkan kos, ada yang menggunakan pelitup muka yang diperbuat daripada kain yang mana, ia boleh dibasuh dan dipakai semula.

Apabila dibuat perubahan arahan pelitup muka perlu ada cop SIRIM, rakyat jadi terbeban, penat dan letih dengan situasi ini.

Ada yang berkata, jangan sampai jadi macam logo Halal yang boleh aje ‘dicetak rompak’.

Suatu ketika, pihak berkuasa mengeluarkan arahan, mesti ada scan suhu untuk premis kedia dan selepas membeli alat penyukat suhu yang beratus ringgit, sekarang alat itu tidak perlu pula.

“Ingat beli pakai daun? Dahlah kami peniaga-peniaga kecil. Mengarut betul!”

Para barisan menteri, janganlah lontarkan atau buat sesuatu itu tanpa mengambil kira beban dan kesusuhan rakyat.

Dalam keadaan Covid-19, rakyat yang berpendapatan sederhana baharu sahaja nak bangkit bekerja dan meneruskan kehidupan yang lebih baik.

Justeru Kerajaan jangan memeningkan rakyat jika tidak mahu ‘dihukum’ pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Berkuatkuasa 4 Julai nanti, pelitup muka bukan perubatan perlu ada cop SIRIM.

Pengilang atau pengimport pelitup muka perlu membuat permohonan perakuan dan penandaan SIRM QAS International Sdn. Bhd, selaku pihak berkuasa yang berwibawa dilantik oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Penandaan MS SIRIM hendaklah diletakkan pada kotak atau bungkusan yang mudah dilihat oleh pengguna yang menunjukkan ia telah memathui standad berkualiti dan selamat digunakan.

Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 ini telah diwartakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 pada 5 April 2022.

Jika gagal dipatuhi, boleh dikenakan denda RM100,000. – SM

(Visited 904 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button