Nasional

PPV UPSI diharap dapat bantu tingkatkan imuniti berkelompok

Pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diharap dapat membantu meningkatkan imuniti kelompok seterusnya melumpuhkan penularan kes wabak pandemik Covid-19 yang semakin meningkat.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Profesor Datuk Dr Husaini Omar berkata, PPV yang terletak di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City,kepada orang ramai di daerah itu yang bermula sejak 20 Ogos lalu berjalan lancar.

“Saya berasa gembira apabila dimaklumkan pihak Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKAV) telah meluluskan permohonan mewujudkan PPV dengan pemberian 200 dos suntikan setiap hari kepada orang ramai yang berdaftar melalui aplikasi MySejahtera,” jelasnya.

Beliau berkata sungguhpun dikenali sebagai pusat pengajian bertunjangkan pendidikan, UPSI memainkan peranannya membantu negara dengan menyediakan prasarana dan tenaga kerja untuk mempercepatkan proses vaksinasi negara.

Menurut beliau ia sekaligus muncul sebagai pusat pengajian tinggi melestarikan kesejahteraan komuniti setempat selaras misi dan visi Kementerian Pengajian Tinggi.

Sementara itu, Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff yang turut hadir mengiringi lawatan tersebut berkata, seramai kira-kira 60 orang sukarelawan turun padang membantu pelaksanaan misi ini yang terdiri daripada pelbagai latar belakang jabatan pimpinannya

“Sebagai universiti yang cakna terhadap kesejahteraan warganya dan  komuniti setempat, UPSI memastikan operasi PPV berjalan dengan sempurna dengan pengawasan mengikut garis panduan dan SOP.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan petugas barisan hadapan pelbagai pihak terutamanya sukarelawan daripada Bahagian Pengurusan Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (ROSH), Pusat Kesihatan Universiti, Bahagian Keselamatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEPA) selain sukarelawan MyVac yang diuruskan oleh Jabatan Belia Sukan serta Pusat Kesihatan Daerah Tanjung Malim, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM),” jelasnya

Waktu operasi PPV UPSI beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang melalui temujanji aplikasi MySejahtera sahaja. -SM

(Visited 450 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button