Nasional

Lelaki terperangkap dalam banjir kilat di Cheras

HUJAN lebat yang melanda ibu negara petang tadi telah mengakibatkan banjir kilat di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Cheras, Kuala Lumpur.

Komander Operasi, Mohd. Rosuhili Mohd. Tahrim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.47 petang tadi.

“Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras bersama lapan anggota telah dikerah ke lokasi kejadian.

“Banjir kilat yang berlaku telah mengakibatkan sebuah lori 1 tan dan sebuah kenderaan jenis MPV terkandas dan ditelenggami banjir sedalam satu meter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, seorang mangsa yang terperangkap dalam MPV berkenaan juga telah dikeluarkan sebelum kenderaan itu ditolak ke tempat yang selamat.

Tambahnya, operasi tamat selepas air kembali surut kira-kira pukul 4.11 petang tadi. -SM

(Visited 575 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button