Politik

Dua wakil rakyat DUN Sabah keluar UPKO sokong PN

DUA wakil rakyat Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta hari ini dan mengisytiharkan sokong Perikatan Nasional.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Limus Jury dan ADUN Sugut, Datuk James Ratib bertindak menjadi ADUN bebas kerana kerajaan negeri Sabah tidak sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan.

“Terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan kepimpinan UPKO kerana memberi peluang bersama-sama dalam kerajaan negeri,” kata mereka dalam sidang media di Kota Kinabalu, hari ini.

Kedua-dua bekas pemimpin UPKO itu turut menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selepas Pilihanraya Umum ke-14, UPKO mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan menyokong Parti Warisan Sabah (Warisan) yang membentuk kerajaan negeri sekarang.-SM
(Visited 545 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button