Nasional

Video dos ketiga vaksin tular: KKM ambil maklum

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum sebuah video sidang media Menteri Kesihatan berhubung dos ketiga yang tular.

Video ini dipetik dari sidang media Menteri Kesihatan pada 20 September 2021 dalam rangka lawatan ke Lapangan Terbang Antarabansa Kuala Lumpur (KLIA) bersama Pengerusi MAHB Datuk Seri Zambry Abd Kadir selepas meninjau perkhidmatan saringan Covid-19 di KLIA.

Pada waktu itu, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi dos pertama dan dos kedua masih giat dilaksanakan.

Kadar vaksinasi lengkap bagi penduduk dewasa ketika itu adalah 79.6%, masih belum mencapai sasaran 90% populasi dewasa.

Aktiviti rentas negeri masih belum dibenarkan manakala aktiviti keluar masuk negara juga masih dikawal ketat.

Pemberian booster secara menyeluruh belum lagi bermula pada September 2021.

Pemberian dilaksanakan secara berperingkat dengan memberikan keutamaan pada ketika itu kepada golongan rentan terdiri dari warga emas, mereka yang ada ko-morbid dan golongan yang terdedah kepada rsiko jangkitan.

Hanya setelah majoriti golongan tersebut telah menerima booster barulah vaksinasi booster dibuka kepada populasi awam yang layak.

Pemberian booster ini diperlukan berdasarkan perkembangan semasa pemantauan keberkesanan vaksin serta cabaran yang dihadapi dengan kemunculan varian-varian baru virus Covid-19.

Banyak negara yang tawarkan booster kepada populasi dewasa mereka seperti UK, US, Thailand, Indonesia dan Singapura. – SM

(Visited 201 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button