Ekonomi

Potongan gaji automatik pembiayaan Bank Rakyat berkuat kuasa bulan ini

PEMBAYARAN pembiayaan Bank Rakyat bagi pelanggan yang menggunakan potongan gaji secara automatik kembali berkuatkuasa bulan ini.

Ia kembali berkuat kuasa selepas potongan automatik tidak dilaksanakan sepanjang moratorium selama enam bulan yang beakhir pada 30 September lalu.

Ini termasuklah pelanggan yang mendapat pembiayaan Bank Rakyat dan membuat bayaran balik menerusi potongan koperasi.

“Pelanggan yang melakukan potongan gaji terutamanya menerusi Biro Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), bayaran pembiayaan bermula Oktober ini.

“Bank Rakyat menjelaskan bahawa tiada potongan ansuran bulanan yang dikenakan dari bulan April hingga September kepada pelanggan yang menerima moratorium automatik.

“Buat pelanggan yang tidak mengambil moratorium atau membuat pembiayaan baharu selepas tempoh moratorium berkuat kuasa pada April lalu, potongan gaji mereka berjalan seperti biasa.”

Kata Bank Rakyat dalam satu kenyataan berhubung pengurusan pembayaran semula pembiayaan Bank Rakyat selepas tempoh moratorium tamat.

Bagaimanapun, bagi pengguna yang memerlukan bantuan moratorium bersasar, potongan automatik tidak teruskan sehingga tempoh tersebut tamat hujung tahun ini.

Oleh demikian, orang ramai diseru untuk memulakan pengurusan pembiayaan mereka kembali seperti biasa sebelum pelaksanaan moratorium.

Terutama bagi mereka yang membuat pembayaran semula pembiayaan melalui potongan gaji automatik.

“Bank Rakyat menasihatkan agar pelanggan untuk bersedia menguruskan pembiayaan mereka seperti biasa selepas tempoh moratorium yang baru sahaja tamat.

“Menurut Bank Rakyat, penting bagi mereka membuat persiapan terutamanya buat mereka yang membuat potongan gaji secara automatik bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

“Bagaimanapun, pelanggan yang masih mengalami sebarang kekeliruan atau terdapat sebarang masalah berkaitan pembiayaan mereka pasca moratorium ini untuk segera ke cawangan atau menghubungi Bank Rakyat.

“Pelanggan boleh menghubungi Pusat Panggilan di talian 13000800800.

“Pelanggan disaran untuk melayari laman web korporat di www.bankrakyat.com.my atau laman media sosial rasmi Bank Rakyat, @mybankrakyat (Facebook, Instagram dan Twitter) untuk sebarang maklumat lanjut,” katanya. – SM

(Visited 2,124 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button