Nasional

Potensi karas, buluh, koko, lada Kelantan jadi tumpuan KPPK

EMPAT komoditi utama Kelantan iaitu karas, buluh, koko dan lada menjadi tumpuan untuk dibangun bagi memajukan ekonomi negeri serta negara.

Perkara tersebut diteliti Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK) yang akan berbincang dengan Kerajaan Kelantan.

Beberapa aspek akan akan dibincang dengan terperinci termasuk penyediaan kaedah inokulasi bagi penanaman karas.

Signifikasi penyediaannya kerana bagi memastikan tanaman karas itu mampu menghasilkan gaharu yang berkualiti tinggi.

Justeru, KPPK bercadang menawarkan geran bahan inokulasi mulai tahun hadapan dan kerajaan negeri boleh menyediakan dana untuk proses tanaman semula.

BACA > 129 individu ditahan ingkar PKPP – Ismail Sabri – Suara Merdeka

Proses tersebut boleh mendapat kerjasama daripada Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) bagi mendapatkan benih.

“Bagi prospek buluh pula, cadangan Bandar Baru Dabong sebagai lokasi Hab Buluh Negara kita amat alu-alukan.

“Kementerian sedia memberikan bantuan kerana buluh ini mesti ditanam secara perladangan untuk memastikan bekalan yang konsisten.

“Kelantan boleh ambil peluang ini kerana industri buluh, pasaran antarabangsanya bernilai AS$65 bilion (RM273 bilion).”

Demikian kata Menterinya, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali dalam satu kenyataan hari ini.

BACA > Masalah ‘judi online’ lebih berat – Putra – Suara Merdeka

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan bersama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Kelantan, Tuan Mohd. Saripudin Tuan Ismail di bangunan Parlimen.

Dalam pertemuan sama, beliau turut menyampaikan hasrat kementeriannya untuk meneroka potensi tanaman koko dan lada di negeri pantai Timur itu.

Menurutnya, koko mempunyai potensi ekonomi yang baik dan mampu memberi peluang kepada usahawan dalam perusahaan industri kecil dan sederhana (PKS).

Selain pasaran tempatan, produk koko atau cokat yang merupakan sektir hiliran komoditi mempunyai potensi untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa.

“Saya sendiri amat berminat dengan industri penghasilan coklat berikutan prospeknya yang amat baik selain memberikan peluang kepada usahawan tempatan kecil dan sederhana.

BACA > Mohamaddin Ketapi sedia ke mahkamah – Suara Merdeka

“Ia memang menjadi fokus saya untuk menjadikan Malaysia ini ‘Raja Coklat Asia’.

“Untuk itu kita akan isytihar Langkawi sebagai Hab Coklat Malaysia,” katanya. – SM

(Visited 119 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button