Hiburan

Poster ‘Mat Kilau’ jadi ‘Mat Maslan’-hebat!

GATAL tangan atau rajin bikin poster Mat Maslan, hilang poster Mat Kilau. Itu persoalan yang dilontarkan oleh mereka yang melihat wajah Ahli Parlimen Pontian itu dimuatnaik ‘menggantikan’ wajah pelakon Datuk Adi Putra dan nama Mat Kilau.

Kata Datuk Mat Maslan, beliau tidak tahu kerja siapakah yang pandai-pandai membuat suntingan itu.

Menerusi satu hantaran dalam media sosial, dapat dilihat gambar tersebut disungint yang mana gambar asal Mat Kilau (Adi Putra) diubah menjadi wajah Mat Maslan.

Manakala tajuk filem Mat Kilau pula diubah menjadi Mat Maslan. Macam-macam perangai manusia ni.

Dalam kapsyen perkongsiannya, Ahmad Maslan menegaskan dan menafikan, suntingan itu dibuat oleh beliau sendiri.


“Mengedit ini entah kerja siapa. Saya post di sini untuk menafikan bukan saya yang edit,” kata Ahmad.

Dalam pada itu, Ahmad Maslan juga sempat memaklumkan bahawa beliau sendiri telah menonton filem Melayu itu. – SM

(Visited 128 times, 2 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button