Politik

Puteri UMNO juga tidak setuju kerajaan pintu belakang

PUTERI UMNO menolak sama sekali dan akan menentang habis-habisan kerajaan pintu belakang kerana kerajaan melalui pintu depan adalah pilihan yang terbaik.

“Dalam kerajaan PH terhoyong-hayang ini jangan pula ada dalam kalangan kita yang berikan ‘panadol actifast’ kepada mereka.

“Akar umbi marah dan rakyat pula meluat. Puteri tentang habis-habisan ‘say no to backdoor’.

‘Yakinlah… yakinlah menjadi kerajaan melalui pintu hadapan adalah pilihan yang terbaik. Alang-alang sudah menjadi pembangkang dan jika menebang menuju pangkal, jika melanting menuju tangkai… ayuh jadikan politik dan politik berimbang sebagai agenda perubahan hala tuju untuk menjadi kerajaan. Insya-Allah,” kata Wakil Puteri UMNO, Datin Naszirah Ngasri.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2019, di Dewan Merdeka, hari ini.

Tambahnya beliau lagi, sesuai dengan tema perhimpunan kali ini, ‘UMNO – Sebuah perjuangan’ Puteri menyokong penuh gesaan dan intipati penting ucapan dasar Presiden bahawa dua budaya politik baru yang perlu diterapkan dalam UMNO iaitu politik ketahanan dan politik berimbang.

“Bukan senang nak bertahan bersama perjuangan UMNO ketika ini macam-macam ‘offer’ ada di luar sana, projeklah, kemudahanlah dan macam-macam lagi gula-gula kesenangan.

‘Saya ‘salute’ dan kagum dengan akar umbi walau apa pun yang jadi mereka tetap setiap bersama UMNO. Tetap kental apa orang nak kata lantaklah, tahniah kepada pejuang kepada akar umbi UMNO serta perwakilan dan pimpinan yang ada hari ini. Anda penerus perjuangan hari ini,” tambahnya.

Tambahnya rakyat mual dengan politik retorik PH dan kegagalan mereka menguruskan negara disalahkan pula kepada kerajaan dahulu.

“Pi Mai… pi mai tang tu… alasan sama dan hujah sama… ini semua salah siapa… kerajaan BN… Apa ni… sudah tidak ada modal lain ker. Tunjuklah anda sebagai pentadbir yang baik dan berwibawa konon-kononnya. Tunjukkanlah. Selesaikanlah masalah rakyat, masalah negara,” ujarnya.

Pada masa yang sama beliau menegaskan Muafakat Nasional adalah solusi isu kemanusiaan, agama, ekonomi, pendidikan antarabangsa dan sebagainya.

“Kemenangan adalah hadiah kepada kita semua. Terkini di Tanjung Piai yang bertungkus lumus tidak kira UMNO, PAS, MCA, MIC, Friends Of BN, Veteran UMNO Mubarak, NGO semuanya sanggup berhujan panas, penat lelah ke sana ke mari untuk menangkan calon BN dan inilah bukti Muafakat Nasional bukan rasis. Bukan Taliban dan jauh sekali membelakangkan semangat kontrak sosial yang telah disepakati bersama.

“Muafakat Nasional akan menjadi ikhtiar nasional yang merentasi politik saya yakin tentu ada sebab musabab yang lebih besar yang menyebabkan tercetusnya muafakat ini,” tambahnya. – SM

(Visited 67 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button