Politik

Guan Eng terus menghasut rakyat guna 3R

SELEPAS menyatakan ucapan beliau di dalam bahasa Mandarin telah diputar belit, Lim Guang Eng terus menghasut rakyat membenci Islam apabila mengaitkan kejadian kuil Hindu yang dirobohkan pada tahun 2020 di Kedah.

Sedangkan kes berkenaan kerana kuil berkenaan telah melanggar peraturan kerajaan tempatan dan tidak melibatkan tindakan parti politik atau menteri besar Kedah.

Guan Eng berkata, ucapan beliau dalam bahasa Mandarin telah diputarbelitkan seolah-olah ada pihak ingin merobohkan tokong Buddha atau Cina.

“Ini tidak benar. Saya merujuk kepada kes sebuah kuil Hindu dirobohkan pada Julai 2020 di Kedah. Sila rujuk kepada laporan akhbar,” katanya.

Beliau berkata, amat kesal ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah sengaja memutar belitkan ucapan beliau dan menggambarkan seolah-olah membakar sentimen perkauman agama dan kaum.

“Langsung tidak terlintas difikiran saya untuk menggunakan isu 3R untuk meraih undi kerana saya yakin ia hanya akan memudaratkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di dalam negara.

“Saya harap semua pihak akan menjunjung keluhuran Perlembagaan yang dengan jelas menyatakan Islam sebagai agama rasmi, dan penganut agama lain bebas mempraktikkan kepercayaan mereka dengan selamat dan aman di mana-mana negeri dalam Persekutuan,” dalam hantaran ke media sosial.

Sementara itu Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, meminta Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengotakan katanya akan menghantar kereta peronda polis dan mengambil tindakan terhadap mereka yang memainkan isu 3R iaitu perkauman, agama dan istana.

Setakat ini 50 laporan polis telah dibuat di seluruh negara berhubung kenyataan dibuat oleh Guan Eng.

Akhbar berbahasa Cina, China Press memaklumkan pihaknya sudah meminda petikan laporan berita Lim Guan Eng, mengenai ucapan kontroversi pengerusi DAP itu di mana beliau memomokkan kebebasan beragama dan penafian hak asasi orang bukan Islam sekiranya berlaku pertukaran kerajaan di Pulau Pinang selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Akhbar itu dalam satu kenyataan yang diterbitkan hari ini, berkata selepas “mendengar semula” rakaman ucapan Lim, pihaknya membuat pindaan kepada petikan tersebut dengan menggantikan perkataan “tokong” kepada “kuil India” dan mengeluarkan perkataan “Buddha”.

Semakan ke atas laporan yang dipinda menunjukkan perkataan “kuil” dipinda kepada “kuil India”.

Sementara itu, akhbar berkenaan juga menerbitkan ucapan Lim secara verbatim, yang mengekalkan banyak serangannya terhadap “gelombang hijau” dan tuduhan berkaitan menafikan hak bukan Islam dan pemusnahan rumah ibadat.

Ucapan yang diterbitkan itu juga mengekalkan bahagian di mana Lim menggambarkan Pulau Pinang sebagai China di zaman Dinasti Ming yang sedang berdepan serangan tentera Manchu.

Pindaan itu dibuat selepas Lim mendapat kecaman atas ucapannya, yang antara lain memberi amaran kepada pengundi Pulau Pinang tentang “gelombang hijau”, satu ungkapan untuk menggambarkan pencapaian Perikatan Nasional (PN) dan parti Islam itu pada pilihan raya umum tahun lalu.

Rentetan itu, beberapa laporan polis juga dibuat terhadap pemimpin DAP itu, menggesa tindakan diambil kerana membangkitkan sentimen perkauman dan agama.

Berikut ialah terjemahan ucapan Lim, yang diterbitkan secara verbatim menurut China Press:

“Di Pulau Pinang, kita boleh menikmati kebebasan untuk upacara keagamaan yang sangat berharga, terutama sekarang dengan Gelombang Hijau. Gelombang Hijau sangat berbahaya, jika kita tidak berhati-hati, Gelombang Hijau bukan sahaja boleh mengeksploitasi hak asasi rakyat, tetapi juga melucutkan hak asasi anda.

“Secara mudahnya, sekarang ini mengikut kaedah mereka, kita hendak pergi konsert, orang muda tidak dibenarkan ke konsert.

“Jacky Cheung nak datang ke Kuala Lumpur, mujur ada Kerajaan Perpaduan, kalau tidak, kena pergi Singapura untuk tengok (konsert). Tapi selagi Pulau Pinang masih kekal sama, konsert boleh diteruskan seperti biasa.

“Di sini, terdapat ramai lelaki dan wanita yang kacak dan cantik, sama ada seorang pendandan rambut lelaki atau wanita memotong rambut anda. Tetapi dengan Gelombang Hijau ini, lelaki tidak boleh memotong rambut wanita, dan wanita tidak boleh memotong rambut lelaki. Tetapi di Pulau Pinang, gunting rambut masih boleh dilakukan seperti biasa.

“Kita orang muda nak sihat dan kekalkan bentuk badan, jadi bila nak bersenam kita pakai seluar pendek. Tapi Gelombang Hijau kata kita tak boleh pakai seluar pendek, walaupun di kedai sendiri. Saya lihat pada masa hadapan anda akan kena juga pakai baju bila mandi. Tapi di Pulau Pinang masih macam biasa.

“Ada juga orang… saya tak berjudi… tapi ada yang nak berjudi, nak beli tiket loteri, ini kebebasan awak. Mereka kata tak boleh. Tapi di Pulau Pinang, awak masih boleh membelinya seperti biasa.

“Selain itu, saya harus mengakui, jika anda ingin menghilangkan tekanan dan berehat dengan meminum beberapa gelas, adakah itu salah? Di sana mereka mengatakan anda tidak boleh minum, tetapi selagi Pulau Pinang masih kekal sama, anda masih boleh minum seperti biasa.

“Lebih penting, dalam Gelombang Hijau ini, mereka melihat kuil kamu dengan rasa tidak senang, terutama kuil India, ‘kuil’, jika mereka tidak suka apa yang mereka lihat, mereka akan memusnahkannya, tidak benarkan kamu bersembahyang.

“Tapi ingat, selagi Pulau Pinang masih kekal sama, rakyat masih boleh bersembahyang.

“Jadi, patutkah kita melindungi Pulau Pinang? Jangan lupa, Gelombang Hijau melihat pembangunan kita. Mereka mahu mengambil Pulau Pinang semula, mereka mahu melenyapkan Pulau Pinang, mereka mahu kita jadi orang Pulau Pinang, mereka mahu kita jadi apa saja, mereka mahu anda jadi rakyat Kedah, adakah anda mahu itu?

“Oleh kerana kita rakyat Pulau Pinang, kita mahu beri amaran kepada Gelombang Hijau bahawa orang Pulau Pinang tidak benarkan tentera Hijau masuk, kerana kita rakyat Pulau Pinang sebenar, kita bukan Wu Sangui, mereka yang sedia menyokong Gelombang Hijau adalah pengkhianat; mereka yang menyokong Gelombang Hijau adalah pemberontak; mereka yang menyokong Gelombang Hijau akan dikutuk, mengkhianati nenek moyang mereka, dan reputasi mereka akan busuk selama berabad-abad. Betul kan? Kerana kita rakyat Pulau Pinang.”

Ucapan Lim Guan Eng dalam tulisan Cina seperti yang diterbitkan China Press:

在槟城能享有自由空间,进行宗教仪式,这是非常珍贵的,尤其是现在有青色浪潮,青色浪潮很危险,如果你不小心的话,青色浪潮不是单单可以剥削你的权力,也可以把基本权力剥夺。

简单来说,现在根据他们方式,我们要听演唱会,年轻人要听演唱会不准许,张学友要来吉隆坡,幸亏是团结政府,如果不是的话,你们还是要跑去新加坡听。可是如果槟州还在的话,演唱会照常。

这里有很多俊哥美女,叫男理发师还是女理发师帮你们剪,可这些青色浪潮,男的不能剪女的,女的不能剪男的,在槟城照样剪。

我们年轻人要健康,保持我们的身材,要健康身材,所以要运动的时候穿短裤,这些青色浪潮不可穿短裤自己店也不可穿,我看以后冲凉你也要穿衣服。可是有在槟城,照样穿。

还有一些人,我不赌的,但有一些人要赌要买万字,这是你们自由权力,他们说不可以,在槟城照样来呀。

还有,小弟要承认,如果要减压、轻松一下,喝两杯,有错吗?那边说不可以喝,但是如果槟城还在,照样喝。

更重要的是,在这青色浪潮,看你的庙不顺眼,尤其是对付我们那些印度庙,kuil呀,看不顺眼,就跟你拆,不让你拜,记得,槟城还在,照样拜

所以我们要不要保护槟城?不要忘记,这些青色浪潮看我们的发展不甘愿,要把槟城拿回来,要把槟城灭掉,你们要做槟城人,要你们做什么人,要你们做吉打人,你要不要?

因为我们是槟城人,我们要跟青色浪潮讲,槟城人不允许引青兵入关啊,因为我们是有正义的槟城人,我们不是吴三桂啊,那些准备支持绿色浪潮,汉奸一个;那些支持绿色浪潮,反骨仔;那些支持绿色浪潮,会被咒,出卖祖先,遗臭万年。对不对?因为我们是槟城人。

(Visited 229 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button