Kesihatan

Orang ramai perlu berwaspada dengan COVID-19 bila musim cuti sekolah

Melihat kes COVID-19 meningkat semula, orang ramai diingatkan supaya berwaspada terutamanya di Kawasan awam bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 pada musim cuti sekolah ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak A. Sivanesan berkata pihaknya bimbang sekiranya pergerakan keluar masuk sempena cuti sekolah yang bermula minggu ini serta perayaan Krismas akan menyumbang kepada peningkatan kes di negeri ini.

“Setakat ini di Perak (terdapat) lebih kurang 600 kes dan tidak kritikal manakala kes kematian di negeri masih rendah, jadi kita harap dapat kekalkan status itu, malah 14 hospital di seluruh negeri bersedia untuk menerima pesakit COVID-19, katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Aspirasi Wartawan Perak yang dianjurkan oleh Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) yang turut dihadiri Pengarah PASAK

Aldrin Ng. Justeru, Sivanesan berkata kawalan kendiri penting bagi memutuskan rantaian jangkitan wabak it dalam kalangan masyarakat, selain mereka yang bergejala harus kuarantin di rumah.

Pada 18 Dis, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam sidang media di Putrajaya berkata bagi tempoh 10 hingga 16 Dis sebanyak 20,696 kes COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.

Artikle Berkaitan :>

Covid-19: 234 PPV tersedia di Klinik Kesihatan seluruh negara

Kes Covid19 naik: Lebih ramai beli pelitup muka

(Visited 42 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button