Nasional

Kematian ke-5, ke-6 Covid-19 libatkan ibu, anak di Sarawak

SEORANG wanita berusia 79 tahun dan anak perempuannya berusia 40 tahun dan berasal dari Kuching, Sarawak dilaporkan meninggal dunia akibat virus Covid-19.

Ini menjadikan kematian akibat Covid-19 diseluruh negara seramai enam orang.

[BACA ARTIKEL] Covit-19: Satu lagi kematian libatkan kluster jemaah tabligh

Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak dalam satu kenyataan berkata, si ibu meninggal dunia di  pusat perubatan swasta pada pukul 2 pagi 18 Mac lalu.

Mangsa dimasukkan ke Borneo Medical Centre pada 16 Mac 2020 setelah mengalami demam dan batuk selama 5 hari.  Pada hari kedua, beliau mengalami kesukaran bernafas namun keluarga tidak mempersetujui beliau diberi bantuan alat pernafasan.

Beliau dibawa pulang oleh keluarga pada 17 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 18 Mac 2020. Beliau mempunyai kontak dengan dua orang lagi yang disahkan positif iaitu anak lelaki dan anak perempuan beliau.

Manakala anak perempuannya meninggal di Hospital Besar Sarawak pada pukul 1 tengah hari tadi. Mangsa dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 18 Mac 2020 setelah mengalami demam dan batuk sejak 7 Mac 2020.

Beliau disahkan positif COVID pada 19 Mac 2020 dan diberi bantuan pernafasan pada hari yang sama setelah didapati keadaan kesihatan beliau semakin merosot. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 1.20 tengah hari pada 21 Mac 2020.

“Pelaporan kes yang pertama akibat Covid-19 dari keluarga ini lambat diterima dari hospital swasta yang merawat kes kerana menunggu keputusan ujian makmal yang telah dihantar ke makmal swasta di Kuala Lumpur,” kata kenyataan tersebut.

Seorang lagi keluarga mangsa yang juga positif Covid-19 masih berada di Hospital Besar Sarawak dan memerlukan bantuan pernafasan mekanikal. Sehingga kini Sarawak mencatatkan tiga kematian akibat virus maut tersebut.-SM

(Visited 328 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button