NasionalNegeri

Menteri KPT terima kunjung hormat Pengerusi ALP KUIPs, Rektor

PENGERUSI Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) yang juga Mufti Perlis, Prof Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Rektor KUIPs, Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle mengadakan kunjung hormat kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Putrajaya kelmarin.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Zambry Abd Kadir@zambryabdkadir yang dipetik sebagai kenyataan media KUIPs, Dr Zambry menulis mengenai kunjungan dua sosok tubuh yang tidak asing lagi dalam bidang pengajian Islam terutamanya dalam bidang hadith.

Dr Rora menerangkan sesuatu kepada Dr Zambry semasa kunjungan hormat di Putrajaya.

Beliau berkata, Dr Asri atau Dr Maza pernah mengajar di Universiti Sains Malaysia (USM) manakala Dr Rozaimi atau lebih dikenali dengan panggilan Dr Rora kini merupakan Rektor KUIPs.

“Kedua-dua mereka hadir ke pejabat saya di Putrajaya bagi membincangkan pelbagai perkara berbangkit mengenai pendidikan negara terutamanya yang memberi fokus kepada pendidikan tinggi di Perlis,” ujar beliau lagi.

Dalam pertemuan itu kata Dr Zambry banyak idea dan pandangan telah dilontarkan termasuk cadangan dan kolaborasi untuk meningkatkan mutu pendidikan tinggi negara yang akan merentasi negara luar dan antarabangsa.

Kata beliau lagi, sememangnya negara ini beruntung kerana memiliki mereka yang tersohor dalam pelbagai bidang dan jika tidak dihargai bakat dan pengalaman mereka maka negara luar akan lebih menghargai mereka termasuk menawarkan peluang yang lebih baik.

Dr Maza berbincang dengan Dr Zambry semasa kunjungan hormat ke Putrajaya.

“Insya-Allah melalui KPT, kita akan mengumpulkan tokoh-tokoh ini termasuklah Dr Maza dan Dr Rora dalam majlis ‘Festival of Ideas’ dan pelbagai program lain yang akan direncana nanti,” ujarnya. – SM

(Visited 52 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button