Auto TravelBerita Autopilihan

Porsche 718 Cayman GT4 RS dilancarkan di Malaysia

PORSCHE 718 Cayman GT4 RS baharu dengan DNA perlumbaan, direka untuk keseronokan pemanduan maksimum Model baharu dalam keluarga 718, Porsche 718 Cayman GT4 RS telah diperkenalkan buat kali pertamanya di pembukaan rasmi Pusat Porsche Johor Bahru bersempena dengan pelancaran pusat pengedaran baharu tersebut baru-baru ini.

Model 718 Cayman GT4 RS adalah sebuah kereta sports yang direka untuk mengujakan si pemandu dengan pembinaannya yang ringan, susunan kerangka (casis) yang sangat tangkas, ciri aerodinamik yang canggih dan gema bunyi stratosfera.

Dengan bernadikan 6-silinder rata, berputar setinggi 9,000 rpm, membentuk bahagian tengah kereta sport yang telah direka untuk keterujaan memandu yang maksimum. Antara ciri 718 baharu yang paling menarik adalah proses aliran pengambilan udara di belakang tingkap pemandu dan penumpang.

Sistem pengambilan udara baharu meningkatkan aliran udara dan menghasilkan bunyi deruan yang mendebarkan di telinga pemandu dan juga penumpang di dalam kereta.

Dengan gaya RS yang telah menjadi kelaziman, 718 Cayman GT4 RS mempunyai unsur pembinaan yang ringan. Berat kereta dengan dua tempat duduk ini hanya 1,415kilogram dengan tangki minyak yang penuh.

Ia menampilkan sayap belakang kekal yang baharu, unjuran berbentuk leher angsa dan penyokong sayap aluminium yang menjadi ciri keunikan reka bentuk luaran kereta ini. Bersama penambahbaikan aerodinamik yang lain, GT4 RS menjana kira-kira 25 peratus peningkatan dalam daya mendap (down force) berbanding dengan GT4 apabila dalam mod Prestasi.

Sama ada ia dipandu di jalan yang sempit, berliku atau litar lumba tertutup, 718 Cayman GT4 RS adalah raja bagi rangkaian enjin pertengahan yang kompak. Harganya bermula dari RM1,550,000, dan pelanggan yang berminat digalakkan mengunjungi Pusat Porsche terdekat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 718 Cayman GT4 RS. – SM

Kredit: EnjinDotCom

Artikel berkaitan > Porsche Malaysia lancar 911 GT3 generasi ke-7

(Visited 343 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button