Negeri

Raja Muda Perlis nasihat rakyat bersedia sebarang kejadian tidak diingini

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan rakyat apabila berlakunya puting beliung, pastikan berselindung di dalam rumah dan tutup semua pintu dan tingkap serta jika berada di dalam bangunan yang tinggi, segera mendapatkan perlindungan di tingkat paling bawah yakni ‘basement’ jika ada. Pada masa yang sama tutup suis utama elektrik dan gas.

Seandainya berada di tempat lapang pula, hendaklah meniarap di tempat yang rendah atau di dalam saliran air sambil melindungi kepala dan leher.

Sekiranya sedang memandu, berhenti dan tinggalkan kenderaan serta berlindung di kawasan yang selamat, serta jangan berlindung di bawah jambatan.

Berhati-hatilah dengan benda-benda yang diterbangkan oleh angin puting beliung.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat meninjau sengkuap (awning) bangunan tambahan Masjid Sg Berembang, Simpang Empat yang diterbangkan angin baru-baru ini selepas berkenan menghadiri program ‘Hijrah Minda MAIPs Bilangan ke 11 Bagi Tahun 2021’ yang diadakan di masjid berkenaan.

Menyambut keberangkatan tiba baginda dan anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Program tersebut turut melibatkan pengurniaan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada 25 orang asnaf terpilih dari kalangan anak kariah masjid berkenaan yang disempurnakan sendiri oleh Tuanku Raja Muda selaku Yang DiPertua MAIPs.

Turut diadakan sebelum itu ialah ceramah ‘Hijrah Minda’ yang dikongsikan oleh wakil daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri selain promosi Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dan Rejimen 504 Askar Wataniah.

(Visited 91 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button