BeritaPolitik

Oh! patutlah Anwar lantang sungguh bersuara PM-8

Komentar

ADA si polan itu membisikkan kepada Suara Merdeka yang agak berbaur sinikal:

“Wah! hebat si Nuar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tu sampai boleh bagi ‘kata dua’ pula kepada PM kita tentang kedudukan pemimpin kerajaan yang katanya akan dimuktamadkan 21 Februari ini”.

Suara Merdeka sekadar tersenyum. Malas hendak menyambutnya.

Namun kalau ikut prinsip demokrasi atau pendek kata atas kertas lah, memang Anwar wajarlah membuat kenyataan sedemikian.

Pertama, kerana dipercayai memang ada perjanjian untuk peralihan kepimpinan dalam tempoh dua tahun dari 9 Mei 2018 Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri ketujuh. Ia berdasarkan prinsip Muafakat Pakatan Harapan yang dipersetujui pada 2018.

Kedua, PKR pemilik kerusi Parlimen terbanyak iaitu 50 kerusi berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) cuma 26 kerusi. Kalau dalam negara demokrasi, ketua/presiden PKR layak diangkat Perdana Menteri kelapan.

Dalam Kabinet hari ini pun, PKR mempunyai wakil teramai dengan tujuh orang menteri dan tujuh timbalan menteri.

Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Datuk Saifuddin Abdullah, Baru Bian dan Dr. Xavier Jayakumar menyertai Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin dalam Kabinet.

Saifuddin Nasution dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dr. Xavier pula sebagai Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli manakala Baru Bian dan Saifuddin masing-masing Menteri Kerja Raya dan Menteri Luar Negeri.

Sementara itu, timbalan-timbalan menteri yang dilantik daripada PKR adalah Shamsul Iskandar Md Akin (Kementerian Industri Utama), Sim Tze Tzin (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani), Fuziah Salleh (Jabatan Perdana Menteri – Agama), R. Sivarasa (Kementerian Pembangunan Luar Bandar), Dr. Lee Boon Chye (Kementerian Kesihatan), Bakhtiar Wan Chik (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) dan Datuk Kamarudin Jaffar (Kementerian Pengangkutan).

Selepas PKR, parti kedua terbesar dalam Kabinet adalah DAP dengan enam menteri serta enam timbalan menteri.

Teresa Kok dan Yeo Bee Yin menyertai Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Teresa dilantik sebagai Menteri Industri Utama manakala Bee Yin dilantik sebagai Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar.

Sementara itu, enam timbalan menteri yang dilantik daripada DAP adalah Chong Chieng Jen (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Hannah Yeoh (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) Steven Sim Chee Keong (Kementerian Belia dan Sukan), Dr. Ong Kian Ming (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan Teo Nie Ching (Kementerian Pendidikan).

Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masing-masing mempunyai lima Menteri dan empat timbalan menteri dalam Kabinet.

Daripada Amanah, Khalid Samad (Menteri Wilayah) dan Datuk Dr. Mujahid Yusof (Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Agama) menyertai Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub dan Menteri Kesihatan Dr. Dzulkefly Ahmad.

Timbalan Menteri yang dilantik dari Amanah pula adalah Anuar Tahir (Kementerian Kerja Raya), Datuk Mahfuz Omar (Kementerian Sumber Manusia), Dr. Mohd. Hatta Ramli (Kementerian Pembangunan Usahawan) dan Hanipa Maidin (Jabatan Perdana Menteri – Undang-Undang).

Bagi Bersatu pula, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof menyertai Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun.

Syed Saddiq adalah Menteri Belia dan Sukan manakala Mohd. Redzuan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Timbalan Menteri daripada Bersatu adalah Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh (Kementerian Wilayah), Datuk Amiruddin Hamzah (Kementerian Kewangan) dan Eddin Syazlee Shith (Kementerian Komunikasi dan Multimedia).

Baki tiga menteri dan dua timbalan m
enteri diisi oleh wakil dari Parti Warisan Sabah.

Mereka adalah Darell Leiking (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Liew Vui Keong (Jabatan Perdana Menteri – Undang-Undang) dan Datuk Mohamaddin Ketapi (Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya).

Dua wakil dari Warisan yang menjadi timbalan menteri adalah Datuk Aziz Jamman (Kementerian dalam Negeri) dan Isnaraissah Munirah Majlis (Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar).

Komposisi parti dalam kerajaan di dalam Dewan Rakyat ketika ini adalah PKR (50), DAP (42), Bersatu (26), Amanah (11) dan Warisan (9).

Justeru, memang wajarlah Anwar bersuara. PKR pemilik kerusi Parlimen terbanyak.

– SM

(Visited 473 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button