NegeriPendidikanSukan

Politeknik Malaysia johan Kejohanan Softball League

PASUKAN Softball Politeknik Malaysia muncul sebagai johan bagi kategori lelaki dan wanita pada Kejohanan Varsity Softball League 2023.

Kejohanan ini berlangsung mulai 18-21 Mei lalu di Stadium Mini Sofball, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah.

Pasukan keseluruhan yang bertanding dalam Varsity Softball League 2023.

Pengurus Pusat Kecemerlangan Atlet Softball Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Syaiful Nazli Selamat berkata, pencapaian yang dipamerkan oleh Pasukan Softball Politeknik Malaysia kali ini amatlah membanggakan.

“Politeknik Malaysia juga menang sebagai Johan bagi kategori lelaki sejak kali pertama kejohanan ini diadakan tiga tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Syaiful Nazli berkata, tujuan pemilihan Pasukan Varsiti Malaysia adalah bagi menyertai Kejohanan Softball Terbuka Makasar yang akan diadakan mulai 17-24 September depan di Lapangan Softball Karebosi, Makasar, Sulawesi, Indonesia.

Sementara itu, Mohamad Luthfi Amir, pelajar Jabatan Perdagangan, POLIMAS yang merupakan pemain pasukan Softball Politeknik Malaysia berasa bangga dapat menyertai pasukan Politeknik Malaysia.

Johan bagi Kategori wanita pasukan Politeknik Malaysia.

“Saya sangat gembira apabila pasukan Politeknik Malaysia dinobatkan sebagai johan dalam kejohanan ini setelah mengalahkan pasukan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),” katanya.

Seorang lagi pasukan pemain, Nor Alis Natasha Hassan pelajar dari Jabatan Perdagangan POLIMAS berkata, “Ini adalah kali pertama saya menyertai kejohanan ini, dan saya bersama rakan yang lain amat teruja dan berasa gembira apabila pasukan kami berjaya menjadi johan dalam kategori wanita dengan mengalahkan pasukan Universiti Teknologi MARA (UiTM).”

Pengarah Kanan Kompentensi JPPKK, Ts. Zainab Othman yang mewakili Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti pula berkata, “Ini merupakan pencapaian terbaik bagi pasukan Politeknik Malaysia kerana berjaya menjadi johan bagi kali ketiga berturut-turut bagi kategori lelaki dan kali pertama bagi pasukan wanita.

Beliau berucap demikian pada majlis Perasmian Penutupan Varsiti Softball League 2023 di Stadium Mini Softball POLIMAS.

Turut hadir Pengarah POLIMAS, Rosli Idris dan juga wakil dari Seksyen Sukan Kementerian Pendidikan Tinggi, Norizan Md Isa.

Sebanyak 11 pasukan bertanding dalam kejohanan yang diadakan ini iaitu 6 pasukan dalam kategori lelaki , 5 pasukan dalam kategori wanita.

Pasukan yang bertanding dalam kejohanan ini ialah Politeknik Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), UiTM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan 200 peserta. – SM

BACA Politeknik Aceh, Indonesia ingin kerjasama dengan POLIMAS Jitra

(Visited 423 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button