Nasional

Polis wujud kampung angkat atasi masalah jenayah di Perlis

Polis Diraja Malaysia Perlis mengambil inisiatif memperkenalkan kampung angkat menerusi program ‘Kampungku Selamat’ sebagai usaha untuk menjaga keselamatan kampung dan membendung kejadian jenayah di kawasan terlibat.

Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata kampung angkat pertama yang dipilih adalah Kampung Titi Tok Bandar, Seriab dekat sini sebagai salah satu usaha menarik penglibatan orang awam dalam usaha membanteras kegiatan jenayah di tempat mereka.

“Usaha ini diharap dapat mempercepatkan lagi tindakan apabila penduduk menghadapi masalah melibatkan kes jenayah,” katanya kepada Bernama selepas pelancaran program Kampungku Selamat di Masjid Al Mustaqim di Kangar.

Terdahulu Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan program itu.

Beliau berkata sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi membuat pemilihan kampung angkat berdasarkan ciri-ciri keselamatan antaranya kekurangan fasiliti di kawasan berkenaan seperti permasalahan lampu jalan yang boleh menyebabkan berlaku jenayah.

Katanya Ketua Polis Balai (OCS) berdekatan akan dilantik menjadi bapa angkat kepada penduduk kampung selain bertindak sebagai perantara bagi menghubungkan orang kampung bersama agensi-agensi berkaitan.

Beliau berkata pemilihan kampung angkat lain akan diteruskan dari semasa ke semasa.

— BERNAMA

(Visited 279 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button