Uncategorized

Edar syabu 76g, pemandu teksi ke tali gantung

Seorang pemandu teksi dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis syabu seberat 76.43g, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Nizam Idris, 45, turut dijatuhi hukuman penjara 18 bulan bagi satu lagi pertuduhan memiliki dadah jenis sama seberat 4.65g.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula daripada tarikhnya ditangkap iaitu pada 18 Mac 2019.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Nurulhuda Nur’Aini Mohamad Nor selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

“Mahkamah meneliti keterangan yang diberikan dan melihat dokumen eksibit yang dikemukakan. Mahkamah memutuskan pihak pembelaan gagal untuk menimbulkan keraguan munasabah,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, tertuduh yang masih bujang didakwa dengan niat bersama telah memiliki dadah disyaki jenis syabu seberat 4.65g di tingkat bawah Apartmen Mesra Prima, Jalan Ikan Emas, Hulu Langat pada 3.50 petang, 18 Mac 2019.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) Akta yang sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, dia didakwa dengan niat bersama telah mengedar dadah disyaki jenis syabu seberat 76.43g di lokasi, masa dan tarikh yang sama.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 39B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dan ia memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.-SM

(Visited 177 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button