Nasional

Polis terima 134 laporan, buka tiga kertas siasatan berkaitan buku Tommy Thomas

Polis telah membuka tiga kertas siasatan berkaitan kandungan buku bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang antaranya didakwa memfitnah dan menghina pelbagai pihak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata setakat hari ini, polis telah menerima 134 laporan di seluruh negara berhubung perkara itu.

Beliau berkata siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ Bukit Aman dan akan dilakukan secara terperinci sebelum mana-mana pihak dipanggil untuk dirakam keterangan termasuk Thomas.

“Satu daripada kertas siasatan yang dibuka adalah mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan satu lagi kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan (membocorkan maklumat) dan Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972.

“Kertas siasatan ketiga dibuka mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 (perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Antara individu yang membuat laporan polis terhadap Thomas ialah bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan bekas Peguam Cara III Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

— BERNAMA

(Visited 304 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button