Hiburan

Yatt Hamzah tak gentar sokong Palestin walaupun pernah diugut bunuh

Dari peringkat awal serangan rejim Zionis Israel ke atas Palestin, rakyat Malaysia sentiasa memberi sokongan penuh terhadap saudara sesama Muslim di sana.

Malah, ramai golongan selebriti turut membantu menyebarkan kesedaran kepada masyarakat dunia berkenaan situasi semasa yang berlaku di negara tersebut.

Antaranya, pelakon Yatt Hamzah yang tidak berhenti menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin yang sudah sekian lama ditindas oleh tentera Zionis Israel.

Menerusi laman sosial Instagram miliknya, pemilik nama Haryati Hamzah itu menyatakan pendirian tegasnya memberi sokongan kepada Palestin.

Menurutnya, semangatnya itu timbul tatkala dirinya menyaksikan sendiri kekejaman Zionis Israel ketika berada di Gaza beberapa tahun lalu.

“Saya telah ke Gaza pada tahun 2013 bersama anak sulungku yang baru berusia 3 tahun ketika itu.

“Saya saksikan sendiri penderitaan rakyat Palestin dan kekejaman Israel di depan mataku. Aku mendengar sendiri tembakan zionis laknatullah!” katanya.

Menurut Yatt lagi, dia juga pernah mendapat ancaman bunuh kerana menyatakan pendiriannya bersama Palestin sebelum ini.

Malah, akaun media sosial miliknya juga pernah disekat dan digodam hingga kehilangan banyak pengikut kerana sokongannya terhadap Palestin.

Tambah wanita berusia 41 tahun berkenaan, sejak peristiwa itu dia berjanji akan sentiasa istiqamah dalam membantu dan menyokong perjuangan rakyat Palestin. -SM

(Visited 489 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button