PolitikPRK

BN sengaja hendak kalah, kelebihan calon Gerakan di Tanjung Piai

SUARA MERDEKA: Selepas Barisan Nasional sengaja tidak mahu menang, selepas tidur sebantal dengan Bersatu pada Kongres Maruah Melayu, kini kelebihan berada di pihak Gerakan.

Barisan Nasional sengaja meletakkan calon dari MCA Wee Jeck Seng walaupun tahu ahli UMNO protes dan tidak keluar mengundi pada pilihan raya umum lalu, semata-mata untuk memberi kemenangan kepada Bersatu yang menjadi rakan sekutu kerajaan pintu belakang.

Jika parti Ibrahim Ali turut bertanding iaitu satu lagi rakan sekutu kerajaan pintu belakang, pasti undi Melayu akan pecah tiga dan semakin nyatalah mereka sengaja mahukan kemenangan diberi kepada Bersatu.

Komen tentang usia calon Bersatu yang lanjut juga sengaja mengumpan atau memberi bola tanggung atau peluru awal kepada Bersatu untuk menyerang pemimpin UMNO. Jika sesiapa percaya ia kebetulan dan tidak disengajakan, mereka belum khatam kitab politik dan memang golongan yang mudah ditipu di siang hari.

Jika Bersatu kalah, makin mengecillah parti berkenaan, jadi kemenangan rakan sebantal yang baharu ini perlu dibantu dengan cara langsung atau tidak langsung. BN pula walaupun kalah kelak mereka akan dapat menyampaikan mesej kepada penduduk negara ini bahawa muafakat Melayu Islam bukan ekslusif untuk satu kaum dan agama semata-mata, tetapi untuk kesejahteraan semua kaum.

“Ini merupakan satu litmus test kepada kita semua dan kepada Muafakat Nasional. Sekiranya jika kita berjaya kalahkan PH insyallah pada pilihan raya umum ke-15 kita boleh jatuhkan PH.” Kenyataan klise dan retorik Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor Dr. Mohd Mazri Yahya, mengesahkan matlamat mereka bukan Bersatu, tetapi PH.

Untuk rekod, Wee pernah menjadi anggota parlimen kawasan itu dua kali.

Wee gagal mempertahankan kerusi itu tahun lepas dan tewas dengan majoriti tidak sampai seribu undi kepada calon Pakatan Harapan Mohd Farid Mohd Rafik.

Wee akan bertembung dengan Pengerusi Bersatu Tanjung Piai Karmaine Sardini dan Timbalan Setiausaha Agung Gerakan Wendy Subramaniam.

Sebenarnya jika pengundi Tanjung Piai mahu memilih pemimpin yang mewakili wajah Malaysia Baharu, mereka harus memilih Wendy. Bukan sahaja muda, bahkan mempunyai latar belakang pendidikan yang lebih baik berbanding kedua-dua calon lain yang telah berusia dan pastinya akan membawa aspirasi politik lama serta jumud.

Tetapi seperti biasa Gerakan tidak mendapat liputan meluas oleh media yang pastinya lebih cenderung fokus kepada calon dua parti yang dominan iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

Bagaimanapun jika pengundi Tanjung Piai berani inilah masanya mereka memberi mesej kepada orang politik bahawa mereka yang tentukan siapa yang mereka mahu dan bukan dipaksa doktrin oleh ahli politik yang semakin tipis maruahnya. – SM

(Visited 78 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button