fbpx


Jenayah

Polis tahan lelaki panjat pagar ketika kes Najib Razak berlangsung di mahkamah

Cuba masuk ke Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

PERBUATAN yang pasti mengundang tangkapan polis. Itulah yang berlaku apabila seorang lelaki ditahan polis kerana cuba memanjat pagar untuk masuk ke perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Hari ini, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur menjadi tumpuan para penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mana kes perbicaraannya diputuskan oleh Mahkamah Tinggi berkaitan dengan tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), rasuah dan salah gunakuasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy, lelaki berkenaan dikesan melakukan cubaan itu pukul 6.30 petang.

“Polis telah membuat tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 33 tahun yang mana dia cuba untuk memanjat pagar, masuk ke perkarangan mahkamah.

“Lelaki itu telah dibawa ke balai polis terdekat untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Terdahulu, kawasan luar perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dibanjiri kira-kira 700 individu yang dipercayai penyokong Najib sejak awal pagi.

Seramai 200 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul terlibat dalam mengawal keadaan di sekitar kompleks mahkamah. – SM

Show More

Related Articles

Back to top button