Ekonomi

Serba Dinamik lantik dua INED

BAGI mengukuhkan komposisi lembaga pengarah Serba Dinamik Holdings Bhd (Serba Dinamik) dua pengarah besas bukan eksekutif (INED) dilantik semalam.

Pengerusi Serba Dinamik, Datuk Abdul Kadier Sahab dalam satu kenyataan berkata, mereka yang dilantik ialah Felix Chin Wui Choong dan Ahmad Amryn Abd Malik dan lantikan INED ini sebagai anggota baharu jawatankuasa audit kumpulan Serba Dinamik serta jawatankuasa pencalonan dan imbuhan.

Latar belakang Felix Chin, 54, beliau merupakan felo Institut Akauntan Pengurusan Bertauliah UK (CMA) dan seorang Akauntan Pengurusan Global, AS (CGMA), ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan juruaudit kualiti dalaman bertauliah Det Norske Veritas (DNY).

Abdul Kadier berkata, Felix Chin mempunyai lebih 30 tahun pengalaman progresif dan telah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Kewangan, Pengarah Kewangan dan Pengawal Kewangan dalam pelbagai persekitaran perniagaan di kedua-dua syarikat tempatan dan multinasional.

“Beliau juga merupakan Pengarah Eksekutif Ire-Tex Corporation Bhd sebelum menyertai Malaysia Pacific Corp Bhd.

“Beliau ialah penilai global untuk CIMA dan Institut Akauntan Bertauliah Amerika,” kata Abdul Kadier  dalam kenyataan berkenaan.

Sementara itu, INED Ahmad Amryn, 48, adalah graduan undang-undang dari Universiti Cardiff, Wales, United Kingdom (UK).

Beliau mempunyai pengalama lebih 20 tahun dalam pelbagai industri termasuk telekomunikasi, teknologi maklumat, perladangan dan pembungkusan.

“Pelantikan dua INED baharu ini akan mengukuhkan komposisi lembaga pengarah dan hala tuju kumpulan terutamanya dalam status Nota Amalan 17 (PN17) semasa Serba Dinamik.

“Pengalaman luas kedua-dua INED dalam perakunan dan undang-undang diperlukan bagi menasihati keseluruhan proses penyusunan PN17,” kata Abdul Kadier. – SM

(Visited 218 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button