HiburanUncategorized

Konsert Nasyid Lagenda kembalikan nostalgia pencinta lagu berunsur ketuhanan

Dengan tema Kembali Bersinar, konsert Nasyid Lagenda anjuran Inteam Records bakal mengembalikan nostalgia pencinta lagu ketuhanan dari zaman awal 70-an sehingga kini.

Ujar Hazamin Harun, konsert terbabitkan menampilkan beberapa nama popular seperti Nazrey Johani, Rabbani, Hijjaz, Shahir Zawawi, Maliq Suhaimi dan Ustaz Hasnul Diwani.View Post

“Konsert Nasyid Lagenda akan diadakan pada 29 Oktober depan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Petaling Jaya bermula pukul 8.00 malam.

“Selain mendekatkan akal fikiran serta hati mengingatkan Allah SWT, konsert tersebut juga adalah sebuah tribute mengenang jasa para penyayi nasyid tanah air sejak tahun 70-an,” kata pengajur.

Ujar penganjur, konsert tersebut akan terbahagi kepada beberapa segmen utama seperti nasyid era 70-an hingga 90-an, segmen tribute pahlawan nasyid dan segmen nasyid kontemporari.

“Selain persembahan nasyid yang diiringi pemuzik iringan, penonton akan turut di sajikan dengan deklamasi puisi oleh pemuisi terkenal Ustaz Dinie Juri dan juga lakonan sketsa.

“Konsert ini turut mendapat kerjasama dan sokongan Radio IKIM sebagai Radio Rasmi, Badan Islam Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebagai rakan kerjasama dan beberapa penaja yang lain,” kata penganjur.

Sebanyak 70 peratus tiket telah habis dijual tidak sampai sehari. Walau bagaimanapun tiket yang beharga RM150, RM200 dan RM250 masih lagi dijual di ilassotickets.com.

Sebahagian dari hasil jualan tiket konsert ini akan turut disumbangkan ke tabung Persatuan Kebajikan Sahabat Nadamurni serta kepada beberapa rakan artis nasyid yang sedang diuji dengan musibah.

(Visited 679 times, 3 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button