Politik

Ekonomi orang Melayu masih perlu dibantu – Dr. M

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa ekonomi orang-orang Melayu masih perlu dibantu.

Menurutnya, orang Melayu yang merupakan kaum majoriti di Malaysia masih merupakan kumpulan paling miskin berbanding lain-lain kaum di negara ini.

Jelas beliau, ketidak seimbangan pengagihan kekayaan antara lapisan masyarakat boleh menyebabkan keganasan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya dalam wawancara portal berita FMT, apakah nasihat kepada kaum minoriti India dan Cina yang rasa diketepikan oleh cakap-cakap mengenai  dominasi kaum dan agama secara berterusan dalam politik Malaysia hari ini.

Dr. Mahathir berkata, kaum bukan Melayu telah berjaya dari segi ekonomi. Malah kebanyakan sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi datang dari kaum tersebut.

“Jadi perlu mengimbangi orang bukan Melayu dan Melayu. Seperti yang anda tahu, katakan negara ini hanya ada satu kaum, kalau perbezaan terlalu lebar antara golongan kaya dan miskin keadaan itu boleh menyebabkan keganasan. Seperti revolusi yang kita lihat di banyak negara.

“Jadi penting untuk kita mengimbanginya. Walaupun orang Melayu majoriti, mereka juga paling miskin. Kita perlu membantu mereka. Maka perlu ada keseimbangan dari segi pengagihan kemewahan antara komuniti berbeza ini,’ kata Dr. Mahathir.

Sebelum itu Dr. Mahathir ditanya pendapat beliau mengenai kesan terhadap naratif politik kaum dan dominiasi Melayu-Islam jika diulang secara melampau.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, naratif tersebut boleh mendatangkan kesan tidak baik kepada negara.

“Tak boleh kerana ia akan membawa kepada ketidakstabilan, orang akan meninggalkan negara ini.
Kita perlu menerima hakikat negara ini sudah menjadi negara pelbagai kaum.

“Ya dengan dominasi Melayu, pada asalnya negara ini orang Melayu, tetapi sekarang kita sudah menerima sejak merdeka bahawa negara ini pelbagai kaum. Jadi kita perlu sebuah negara pelbagai kaum,” kata Dr. Mahathir.

Ketika ini ada pihak yang berasa senang dengan Kerajaan Perikatan Nasional yang ada kerana ia didominasi oleh tiga parti Melayu dan Islam iaitu Bersatu, Pas dan UMNO.

Ada pihak mendakwa pemimpin parti terbabit sering menguar-uarkan keperluan menggembeleng semua parti politik bawah PN untuk menjamin kelangsungan kaum Melayu dan memperkukuh kedudukan Islam.-SM

(Visited 390 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button