Nasional

Kes tembak di Banting: 29 suspek terlibat jenayah terancang ditahan

29 individu ditahan susulan kes tembakan di hadapan SMK TELOK Datuk Banting yang mengakibatkan beberapa pelajar sekolah cedera pada 25 September lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, kesemua mereka ditahan dalam Operasi Blackjack.

“JSJ Selangor dan Bukit Aman telah melakukan operasi besar-besaran dan berjaya menahan 19 suspek yang disyaki terlibat deangan aktiviti gengsterism serta janayah terancang.

“Siasatan susulan dibuat untuk mengambil tindakan di bawah  Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (Sosma) ke atas kumpulan ini

“Seterusnya 10 orang lagi ditangkap menjadikan jumlah keseluruhan yang ditahan ialah sebanyak 29 orang saspek.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Fadzil, kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara pada 27 Oktober lalu yang lalu untuk menilai dan mengkaji bagi melaksanakan pertuduhan di bawah jenayah terancang ke atas semua saspek.

Ujarnya, kejayaan menuduh kesemua suspek diharap dapat mengekang dan seterusnya menghapuskan aktiviti berunsurkan gengsterism dan jenayah terancang sekitar Banting, Kuala Langat dan seterusnya di Negeri Selangor.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira pukul 12.35 tengah hari itu, tiga pelajar sekolah menengah cedera dirempuh manakala dua lagi ditembak.

Fadzil sebelum ini berkata, sebuah motosikal yang dinaiki dua suspek telah mengekori dan melepaskan tembakan ke sebuah kereta jenis BMW.

“Kereta tersebut dinaiki dua lelaki iaitu seorang pengawal peribadi dan seorang lagi lelaki,” katanya.

Jelasnya, mangsa kemudian cuba melarikan diri dan melanggar beberapa orang pelajar sekolah menangah serta merempuh beberapa buah kereta.

“Sehingga kini, tiga pelajar telah mengalami kecederaan di bahagian kaki dan leher akibat dirempuh.

“Semua mangsa termasuk yang ditembak telah dibawa hospital untuk menjalani rawatan kecemasan,” jelasnya. -SM

(Visited 547 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button