Nasional

Polis siasat kes tiga kereta terbakar

POLIS masih menyiasat punca kebakaran yang melibatkan tiga buah kenderaan yang diletakkan di bahu jalan berhampiran Royal Ragen Sri Putramas Condominium, Off Jalan Kuching, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shamugamoorthy Chinniah berkata, pihaknya mendapat terdapat tiga buah kenderaan terbakar dan tidak mempunyai nombor pendaftaran.

“Kereta yang terbakar ialah sebuah Mercedes Benz warna perak, Perodua Axia berwarna biru kelabu dan Perodua Myvi berwargna kelabu.

“Kita tidak menemukan sebarang saksi bebas di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA> Empat kereta terbakar dalam dua kejadian

Menurutnya, lokasi disepanjang jalan tempat kejadian berada dalam keadaan cerah diterangi lampu jalan serta tidak mempunyai rakaman kameran litar tertutup (CCTV).

Jelasnya, pemilik kenderaan masih belum dikenali pasti dan anggaran kerugian juga belum diketahui.

“Kita sekarang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sentul ditalian 03-40482222 atau hadir mana-mana balai polis yang berhampiran. -SM

(Visited 161 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button