Nasional

Polis siasat kenyataan hina Sultan Johor guna Instagram ibu Neelofa

POLIS mengesahkan sedang menyiasat kes kenyataan menghina Sultan Johor melalui Instastory yang didakwa dimuat naik menggunakan akaun Instagram milik ibu selebriti, Neelofa iaitu Noor Kartini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang wanita berusia 54 tahun pada petang semalam.

“Laporan dibuat berdasarkan akaun Instagram yang memaparkan gambar dan berita dengan paparan visual Sultan Johor bertajuk ‘Sultan Johor Cadang Sekatan Penuh Bersasar’.

“Pada paparan itu, tertulis kapsyen ‘kalau prihatin, suruh la Agong batalkan darurat!! Cakap je lebih!!!’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Anuar, siasatan awal mendapati suspek, seorang wanita berusia 32 tahun telah mengaku silap menggunakan Instagram milik pengadu dengan membuat posting di Instastory Instagram milik pengadu.

Jelasnya, kes ini masih dalam siasatan kerana sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

“Kes juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955,” katanya. -SM

(Visited 413 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button