Rencah Hidup

‘Allah sayang DS Najib’ tulis Ebit dalam buku dihadiah kepada Najib

‘ALLAH sayang DS Najib’. Catatan tersebut ditulis oleh pendakwah bebes Ebit Lew dalam sebuah buku tulisan beliau ‘Menelusuri Cinta’ yang dihadiahkan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Najib yang menerima hadiah tersebut mengucapkan terima kasih kepada Ebit atas pemberian yang penuh bermakna tersebut.

“Terima kasih Ustaz Ebit Lew atas hadiah bermakna ini. Berbuat baik ini kadangkala penuh dugaan.

“Allah sayang Ustaz sebab itu ustaz diberi ujian sebegini,” kata Najib.

Ahli Parlimen Pekan itu memberikan kata-kata semangat kepada pendakwah bebas yang seringkali membantu masyarakat terutama golongan fakir dan miskin yang berhadapan dengan perasaan iri hati beberapa pihak terhadap kerja amal beliau.

Terbaharu Ebit dipanggil oleh Cawangan Khas Bukit Aman untuk mendapatkan beberapa penjelasan berkaitan bantuan kemanusiaan yang diberikan oleh beliau kepada golongan yang memerlukan.

Najib meminta agar Ebit tidak menghentikan kerja-kerja amal yang dilakukan oleh beliau dan ramai yang menyokong kebajikan yang dilakukan oleh pendakwah bebas itu.

“Yakinlah, ramai di luar sana menyokong kerja-kerja Ustaz Ebit. Dan kerja-kerja ini adalah untuk kebaikan.

“Ujian dalam hidup hanya kerana Allah sayang. Kita semua menuju perkara yang sama iaitu keredhaan Allah SWT. Teruskan kerja-kerja ustaz,” kata Najib.

Beberapa hari lalu Ebit menyatakan hasratnya untuk berhenti memberi bantuan secara bersemuka kepada golongan susah selepas dinasihatkan untuk berbuat demikian.

Kontroversi menyelubungi Ebit selepas beliau membantu sebuah keluarga daif seramai 20 orang di Alor Setar, Kedah yang hidup dalam rumah yang usang dan kotor.

Ebit membantu keluarga tersebut berpindah ke sebuah rumah dan membayarkan sewa rumah tersebut. Beliau turut membeli kemudahan baru seperti periuk nasi, tilam, cerek air dan peti ais buat keluarga berkenaan.

Bagaimanapun bantuan yang dihulurkan oleh Ebit kepada keluarga tersebut tidak disenangi oleh beberapa pihak.-SM

(Visited 692 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button