Luar Negara

Polis Sempadan Belanda tahan rakyat Malaysia seludup belut kaca

TIGA rakyat Malaysia ditahan Polis Sempadan Belanda apabila cuba menyeludup ratusan ribu anak belut melalui lapangan terbang Schiphol, Amsterdam.

Mereka yang ditahan Isnin lalu, adalah dua lelaki dan seorang wanita yang dalam perjalanan ke ke Malaysia melalui Portugal.

Pihak berkuasa Belanda berkata kesemua yang ditahan didapati mencurigakan apabila membawa lapan beg pakaian melalui pemeriksaan pihak keselamatan lapangan terbang.

Sementara itu, Pemerhati makanan dan barangan Belanda, NVWA setelah pemeriksaan berkata pihaknya menemui 105 kilogram belut kaca kira-kira 300,000 ekor anak belut.

Belut berkenaan bagaimanapun akan dilepaskan ke dalam sungai di Belanda, jelasnya lagi.

Sepanjang empat dekad yang lalu, spesies belut Eropah adalah sangat terancam, semakin musnah dan berkurangan sehingga 99 peratus di sesetengah kawasan.

Belut muda lutsinar, yang turut dikenali sebagai ‘belut kaca’ adalah sangat berharga di Asia, di mana haiwan itu dibesarkan di ladang dan dijual melebihi harga ‘caviar’ atau telur ikan sturgeon sejak pertengahan 2000-an. – AFP – SM

(Visited 585 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button