Rencah Hidup

Polis saman polis di Kedah

POLIS juga tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan atas kesalahan melanggar undang-undang jalan raya.

Di Kedah, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard serta Cawangan Khas IPK Kedah telah melakukan pemeriksaan mengejut di pintu masuk Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah hari ini.

Beberapa pegawai, anggota serta kakitangan telah disaman atas pelbagai kesalahan termasuk nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi.

“Antara pemeriksaan yang dilakukan adalah pemeriksaan dokumen sulit, pemeriksaan kenderaan dan pemeriksaan pas keselamatan,” kata pengendali laman Facebook Polis Kedah.

Pengendali laman Facebook itu turut menyindir warganet yang mempertikaikan kesahihan tindakan dan saman yang diberikan kepada anggota dan kakitangan yang melakukan kesalahan terbabit.

“Hari itu pertikai polis tak saman polis. Ni sudah saman pertikai betul ke tak hahaha. Oh lupa netizen,” katanya.-SM

 

(Visited 421 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button