Nasional

Polis sahkan tahanan mati akibat sakit jantung

POLIS mengesahkan seorang tahanan lelaki di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak meninggal dunia kerana sesak nafas.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, suspek yang berusia 43 tahun itu mempunyai dua rekod jenayah lampau sebelum ini melibatkan dadah dan jenayah (ugutan).

“Leaki itu ditahan di hadapan pos pengawal di sebuah kilang di Taman Selayang Baru pada pukul 11.20 pagi hari sama bersabit kes ugutan jenayah dan dikehendaki untuk tujuan dokumentasi.

“Setelah tiba di IPD Gombak pada pukul 11.40 pagi, ketika berada di pejabat JSJ, suspek telah mengalami sesak nafas.

“Pihak polis telah menghubungi Hospital Selayang untuk bantuan kecemasan, bagaimanapun Penolong Pegawai Perubatan yang memberikan rawatan telah mengesahkan suspek meninggal dunia pada pukul 12.30 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Arifai, siasatan awal mendapati suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu mempunyai sejarah rawatan penyakit jantung.

Ujarnya, siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR) dan menunggu hasil bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur.

“Semakan juga mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah,” jelasnya. -SM

(Visited 226 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button