JenayahNasionalNegeri

Seorang lagi Pati lolos depot imigresen maut kemalangan

SEORANG lagi pendatang tanpa izin yang lolos dari Depot Sementara Imigresen Bidor, Tapah, maut akibat kemalangan jalan raya malam tadi, kata Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri.

Yusri berkata, kemalangan berlaku di KM332.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan pada jam 9.20 malam tadi.

Katanya, tiga lagi pendatang tanpa izin ditahan awal pagi tadi di kawasan Tapah menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan 54 orang setakat 8 pagi ini.

“Mangsa dilanggar pacuan empat roda ketika sedang berjalan kaki dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata semua tangkapan termasuk yang meninggal dunia adalah Rohingya.

Sementara itu, Yusri berkata mayat mangsa kemalangan 9.20 malam tadi dihantar ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk dibedah siasat.

Beliau berkata, pegawai imigresen hadir ke hospital itu dan mengesahkan bahawa mangsa adalah seorang daripada pendatang yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor.

“Orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil untuk memberi keterangan dan menghubungi pegawai penyiasat kes P Prathiparaj dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan trafik, IPD Tapah di talian 014-6178095,” katanya.

Berkenaan tahanan yang ditangkap, Yusri berkata, pada jam 9.45 malam tadi, hasil maklumat orang awam, pasukan operasi khas polis berjaya menahan seorang lelaki etnik Rohingya itu di Felcra Jalan Kachu, Tapah.

Katanya lagi, pasukan operasi khas polis juga berjaya menangkap lelaki etnik Rohingya pada 3.35 pagi tadi, manakala seorang lagi lelaki Rohingya ditahan di Batu Dua Jalan Pahang, Tapah pada 3.55 pagi tadi.

Pada Khamis lalu, 131 Pati melarikan diri dari blok lelaki Depot Imigresen Bidor kira-kira jam 9.50 malam tetapi seorang daripadanya meninggal dunia akibat nahas jalan raya. – SM

BACA Seludup PATI: Tiga dari Geng Bang Sun, Along Lubok ditahan

BACA 17 PATI Myanmar, dua tekong ditahan di Felda Chuping

(Visited 41 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button