Nasional

Polis sahkan bukan besi jatuh, pemandu kren larikan diri

BERITA tular berkenaan sebuah kereta yang terlibat kemalangan kononnya kerana dihempap besi daripada projek pembinaan lebuh raya di Taman Len Seng, Cheras, malam semalam disahkan tidak benar.

Sebaliknya, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian sebenar adalah akibat kemalangan sebuah kren dan kenderaan tersebut.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 malam ketika kereta jenis Proton Saga itu sebenarnya telah dirempuh sebuah kren yang mengakibatkan cangkuk kren itu mengempap kenderaan tersebut.

“Siasatan mendapati pemandu kereta itu membelok ke kiri untuk masuk ke Jalan Len Seng dari Cheras, lalu dirempuh sebuah kren dari belakang yang sedang bergerak di jalan sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zulkefly, cangkuk kren yang merempuh kenderaan tersebut telah menyebabkan mangsa berusia 55 tahun yang juga seorang pemandu e-hailing tersepit di dalam kereta.

Bagaimanapun, mangsa berjaya dikeluarkan anggota bomba dan tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu kren yang terlibat dalam kemalangan itu telah bertindak melarikan diri.

Semalam, tular gambar dan dakwaan yang mengatakan kereta tersebut telah dihempap besi sebuah lebuh raya yang sedang dalam pembinaan di kawasan tersebut.

Namun menurut Zulkefly, tiada sebarang objek lain yang ditemukan di dalam kereta tersebut.

“Kes disiasat mengikut Peraturan 3(2) B Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 1959 (Rule 3(2) BLN 166/59),” katanya.

Gambar itu juga tular selepas seorang wanita yang memandu kereta jenis sama dihempap batu konkrit di sebuah lebuh raya  di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur. -SM

(Visited 222 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button