Hiburan

Filem ‘Adoii Jiwaku’ sedia terima kritikan dari orang ramai

Filem komedi ‘Aduh Jiwaku’ yang diarahkan oleh Steven Yap, sedia terima kritikan dari pelbagai bangsa memadangkan terdapat isu perkauman dalam naskah ini.

Menurut Pengarah itu, filem perpaduan yang menyatukan 3 bangsa iaitu Melayu, Cina dan India ini terinspirasi dari filem Sepet pada tahun 2005 yang pernah disutradarakan oleh arwah Yasmin Ahmad.

Antara babak Filem Aduh Jiwaku

“Bagi saya jika ada kritikan lagi baik dan orang akan nak tengok kenapa file mini dikritik yang penting niat saya nak sampaikan mesej dengan baik, seperti terdapat babak sentuh anjing, kenapa kena sentuh ada sebabnya.

“Kalau orang nak kritik silakan dan berikan apakah sebabnya, lagipun apa yang saya cakap dalam filem tersebut adalah benar dan saya tidak mempersongkan apa-apa.” Jelasnya selepas tayangan perdana di GSC Mytown Shoping Mall kelmarin.

Filem ini berkisahkan tiga rakan sekerja iaitu Sia, Ayis dan Males yang berlainan bangsa bekerja di sebuah hotel. Oleh kerana personality dan perpektif mereka yang berbeza tentang kerja sering bertelagah sesame sendiri.

Namun terdapat satu peristiwa yang bermula dengan gurauan di pejabat, satu renjatan elektrik menyebabkan Sia dan Ayis bertukar badan antara satu sama lain, maka bermula pelbagai konfik yang timbul dalam kisah ini.

Filem ini diterbitkan oleh Lomo Picture Sdn Bhd dengan kerjasama MM2, MCM Cometro, Ant3, Fortune Studio dan Shinjiru.

Antar Pelakon yang membintangi adalah Steve Yap, Amber Chia, Ali Arami, E Ramanamohan, Amber Chia, Daniel Sher, Anur Abd Hamid dan ramai lagi.

Bakal ditayangkan pawagam berhampiran anda bermula 7 September 2023.

Artikle Berkaitan :>

Sasar pelancong ke Sarawak seramai 3 juta melalui Asia International Filem

Lomo Picture filem EMPAT tolak ia bermaksud “mati”!

(Visited 320 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button