NasionalUncategorized

Polis rampas rokok seludup bernilai RM1.3 juta

Polis menumpaskan sindiket rokok seludup dan membuat rampasan berjumlah RM1.3 juta dalam Operasi Asap di Bukit Mertajam dan Nibong Tebal, Pulau Pinang semalam.

Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Azril Ahmad berkata, sindiket tersebut bergerak aktif di sekitar kawasan utara.

“Kita turut menahan tiga lelaki berusia antara 34 hingga 47 tahun yang terlibat dengan sindiket.

“Sebanyak 1,770,000 batang rokok pelbagai jenama dipercayai tidak bercukai dan empat buah van telah dirampas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kesemua suspek telah ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawak Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. -SM


(Visited 184 times, 2 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button