Nasional

Polis rampas bunga api bernilai RM65,000 di Sungai Petani

ALOR SETAR: Polis Kedah menahan seorang lelaki berikutan rampasan bunga api bernilai kira-kira RM65,000 dari sebuah rumah di Tikam Batu, Sungai Petani semalam.

Difahamkan, serbuan jam 2.30 petang oleh sepasukan anggota D4 polis negeri itu membawa kepada rampasan 65 kotak mengandungi 2,041 jenis bunga api dan mercun bernilai kira-kira RM65,000.

Serbuan dilakukan di sebuah rumah tempat suspek berusia 30-an menyimpan bekalan yang diperoleh dari Bukit Kayu Hitam.

Difahamkan juga dia menghantar bunga api itu kepada pelanggannya.

Ketua Polis Kedah Pesuruhjaya Wan Hassan Wan Ahmad mengesahkan serbuan dan penahanan suspek.

Wan Hassan berkata, serbuan itu diketuai Inspektor Abu Khairi Ahmad dari jabatan D4 di bawah Ops Aidilfitri.

“Kami masih menyiasat bagaimana dia memperoleh bekalan itu dan ini merupakan kes pertama melibatkan jumlah besar bunga api di negeri ini tahun ini,” katanya.

Wan Hassan turut mengingatkan orang ramai supaya memohon permit menjual mercun yang mematuhi peraturan dan undang-undang kerajaan.

Beliau turut memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak membeli bunga api dan mercun seludup yang boleh mendatangkan bahaya kepada mereka.

 

(Visited 619 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button