Nasional

Polis panggil bekas Senator berkaitan video kontroversi harga barang

SEORANG bekas Senator, Siti Aishah Shaik Ismail mengakui beliau dipanggil polis ke Bukit Aman tentang satu klip videonya mengenai pemansuhan subsidi oleh kerajaan.

Kata Siti Aishah, beliau diminta hadir esok ke Bukit Aman untuk memberi keterangan tetapi polis bersetuju dengan permintaannya untuk disoal siasat selepas Hari Raya Aidiladha pada minggu depan.

“Mereka bersetuju secara dasarnya dan mereka akan mengesahkan tarikh baharu kemudian,” katanya seperti laporan FMT hari ini.

Ahli PKR itu dilantik sebagai senator pada tahun 2015 selama tiga tahun.

Siti Aishah berkata, beliau tidak takut dengan sebarang tekanan yang diberikan kepadanya.

“Saya yakin saya berada di pihak yang benar. Rakyat bersama saya,” katanya.

Menerusi videonya yang dikongsi secara meluas, beliau mengkritik kerajaan memansuhkan subsidi untuk ayam, telur dan minyak masak berbotol mulai 1 Julai lalu serta berkata keputusan itu akan menyebabkan lonjakan harga mendadak bagi beberapa bahan makanan. – SM

 

(Visited 183 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button