Nasional

Polis pantau kasino Genting patuh arahan tutup

Sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong (IPD) telah melakukan pemantauan dan pemeriksaan di pusat kasino Genting Highlands.

Tindakan itu diambil bagi memastikan pusat perjudian itu mematuhi arahan penutupan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Zaiham Mohd Kahar berkata, penguatkuasaan itu dilakukan pada Isnin 11 malam.

“Pada 24 Mei, 2021, jam lebih kurang 11 malam, sepasukan pegawai dan anggota polis IPD Bentong telah menjalankan pemantauan dan pemeriksaan bagi pengoperasian pusat kasino di Genting Highlands.

“Pemantauan dan pemeriksaan dilakukan bagi memastikan pengoperasian di pusat kasino Genting Highlands ditutup sepenuhnya selaras dengan arahan yang dikeluarkan MOF,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.


Sehubungan itu, Zaiham menyeru kepada orang ramai agar terus patuh kepada arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

Akhbar sebelum ini melaporkan, sekumpulan 28 pelancong dari Alor Setar, Kedah telah pergi melancong ke Genting Highlands melalui konsep gelembung perjalanan domestik atau ‘travel bubble’ untuk sektor pelancongan.

Dua hari selepas itu, sebahagian pelancong daripada kumpulan terbabit mula mengalami simptom COVID-19 dan 16 daripada mereka disahkan dijangkiti virus itu pada 7 Mei lepas.

Pada 23 Mei lepas, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, pengurusan Genting telah diarah tutup serta-merta sejak Jumaat (21 Mei) lepas.-SM

 

(Visited 38 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button