Uncategorized

Polis panggil Hannah Yeoh untuk ambil keterangan

POLIS akan memanggil Hannah Yeoh untuk membantu siasatan berhubung kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata kenyataan dimuat naik oleh Hannah Yeoh itu didakwa ada kecenderungan menghasut dan menggugat ketenteraman awam.

“Siasatan dilakukan pada 11 Mac lalu dan diklasifikasikan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan kerana kecederungan menghasut.

“Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kerana mempunyai niat hendak mengapikan mana-mana golongan atau kaum dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia (AKMM) 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Huzir, pemilik akaun akan dipanggil untuk direkodkan percakapan bagi menjelaskan mengenai kenyataan yang ditularkan di Facebook itu.

Kenyataan yang ditularkan adalah “Memandangkan Timbalan Menteri KPWKM adalah dari Pas, maka perkahwinan dengan kanak-kanak perempuan bawah umur (bagi menghalalkan seks dengan kanak-kanak) akan berleluasa seepas ini. Inilah penyakit orang Islan di negara ini tidak bertamadun. – SM

(Visited 444 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button